lima dua

Feb
05

salam.
lagi satu hari yang penat. boring betul, dah tak sekolah tapi asyik sibuk. memenatkan.
nasib tak join satu event, kalau tak, mesti pack jadual. buat teruk !

ceewah. set dari malam sebelum,nak p jog. nak tumpang nan. beria gila. mai pagi tadi, nak gerak kaki tak boleh. terhempap masa lena semalam. aisey. terus text nan,tak jadi p lah. apa lagi ? sambung tidoq la dengan harapan kaki akan sembuh. teruk gila. dah tidoq tu,paham-paham ja lah. jeng~

bangun tidoq. huahh ! buat kerja rumah pulak. basuh baju dua round. sebab lupa nak kutip baju kat raga bilik depan. bosan gila dapat kerja rutin yang langsung tak best ! online sat,tengok sapa bangun dah. haha,semua pakat hilang dah. p jog la latihan memandu la. tinggai la sorang-sorang. men cafe world kejap,serve makanan yang dah siap. melawat cafe orang. memang bosan. kena sidai baju pulak,kemas rumah,basuh pinggan,dapur lagi. banyak banyak banyak !

rehat sat. penat la konon. tengok jam dah pukul 12. gelabah bewak cik ! nasi tak masak lagi. satgi bonda balik mesti bising punyeeee. lari macam kipas kudung p dapoq. nasib masak nasi ja. bosan. main cafe world lagi. oh man,satgi janji dengan Cikgu Mazlina nak tolong dia masa ceramah. ceee,siap bukan main. minta tolong Mama hantar ke Teknik Arau.

syabas,aku pusing satu sekolah,takdak orang. tang mana ceramah pon tatau. kereta cikgu pon takdak. bosan. baca balik msg cikgu,MATRIK ARAU ! adoyai,terus text Ili,kita silap tempat weyhh. dah la lenguh pusing sekolah,kena jalan ke jalan besar pulak,nak tunggu Ili,taknak susahkan dia masuk dalam. kaki dah mula sakit balik.

sampai Matrik,dengar ceramah ala kadar sebab kalut bincang pasai bbq nanti. dah la p lewat,balik awal. bagus bagus. tapi,ada jugak pengisian penting yang kami dengaq. 4.30 bergerak ke Kangar. jadi ceti kutip duit untuk bbq. pergi beli baju. perempuan weyhh. tak shoping saja la. lenguh lagi kaki. sampai depan library,nampak geng ramai. lepak sat,minum ayaq nyoq. gelak macam apatah masing-masing. kena belanja helmie,upah tolong p order ayaq =.=

tunggu Along mai kutip nak balik. penat kot merempit dengan dia. laju wooh ! rasa macam terbang habis. dah la singgah merata, Lee Hwa la isi minyak la. bosan bosan. aku dah lenguh belakang. kena dok pegang tudung bagai dan kadang-kadang aku rasa angin dok tolak ke belakang. ni sebab utama aku malas nak belajar bawak moto.

balik rumah dengan harapan Mama dah masak. malangnya,tidak. aku pon malas. mandi pulak nak p masjid. balik masjid,semua diam. perut dah bunyi. aku pon mula tanya,mana dinner ni? adik,p beli keutiaw Din lah. Mama balas, orang nak p kenduri lah. guhh,syukur. Kenduri Kak Nadia,nak p Australia. sambung TESL kat sana. jumpa Bob dan Jat.

akhirnya,aku sampai kat rumah. duduk depan lappy, sedang goyang-goyang kaki. kaki aku dah baik mungkin.

6 Responses to “lima dua”

  1. NaN! says:

    fuhhh!aku baca pon penat nia..
    haha!
    what a day kn?
    aku p jog td jln ja banyak..kesengalan maseh terasa..hoho..

  2. Nia says:

    aku tatau isnin ni macam mana pulak,
    malam tu kan bbq.
    agak2 pagi tu nak bangun awal ka?
    *smug*

  3. basyier says:

    penat sunggoh ang..

  4. Nia says:

    ya bhai.
    bosan pon ada,
    rutin sama ja setiap hari.

  5. oney says:

    haha ! fuhh, semput aku baca.
    terasa beban penat sekali :D

    nia, tahniah.
    ini entri terbanyak huruf,
    aku tau hang malas menaip.
    tahniah, aku hargainya :D

  6. Nia says:

    haha !
    thanks oney.
    aku memang malas nak mengarang.
    sebab satgi akan keluar ayat2 puitis macam buat karangan bm Cikgu Azu.
    dah terbiasa.

Leave a Reply

  • Fresh Books
  • Graphic River
  • Theme Forest
  • Woo Themes